Berguna untuk menarik kamu dari lamunan.
Sebab ia berguna untuk sedarkan awak dari mimpi.
Sebelum kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat setempat dikenali sebagai Bahasa Melayu Purba. Bahasa ini kemudiannya dinamakan Bahasa Melayu Kuno setelah mendapat pengaruh India. Bahasa Melayu Kuno mencapai kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Mereka yang bertutur bahasa Melayu Kuno merangkumi Riau dan Sumatra dan semenanjung Tanah Melayu . Bahasa Melayu Kuno diterima ramai kerana:
Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit dan bahasa Tamil pallava. Ini adalah kerana kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu yang telah dibawa masuk oleh Raja Pallava yang berbangsa Tamil dan Bahasa Sanskrit sebagai bahasa rasmi agama Hindu.Selain itu, sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan juga antara penyebab bahasa asing seperti sanskrit diterima. Ini boleh dibuktikan daripada pengaruh tulisan atau aksara Pallava (Tulisan Pallava)/tulisan Tamil purba) dari Kanchipuram,Tamil Nadu dan Devanagari yang datang dari India, kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, rangkai-rangkai kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, dan fonem-fonem Sanskrit. Kesan daripada bahasa sanskrit ini menyebabkan penambahan kosa kata Bahasa Melayu Kuno. Contoh contoh perkataan yang diambil daripada Bahasa Sanskrit adalah seperti syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya. Bahasa Melayu Kuno tidak mempunyai pengaruh Parsi atau Arab.
Perkaitan antara Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu Moden dapat dilihat daripada perkataan-perkataan yang kekal daripada dahulu sehingga sekarang seperti curi, makan, tanam, air dan sebagainya, serta perkataan yang mempunyai bentuk atau format yang serupa seperti dalam jadual jadual di bawah:
Penggunaan awalan di- dalam Bahasa Melayu Moden sama dengan awalan ni- dalam Bahasa Melayu Kuno dan awalan diper- sama seperti nipar-.Ni bermaksud kamu dalam bahasa Tamil.
Awalan ber- dalam Bahasa Melayu moden hampir sama dengan awalan mar- dalam Bahasa Melayu Kuno.
Akhiran -na yang digunakan dalam Bahasa Melayu Kuno sama dengan -nya pada masa kini.
Secara ringkasnya berikut merupakan ciri ciri Bahasa Melayu Kuno
Salah satu bukti sejarah bahasa Melayu yang penting ialah batu bersurat. Beberapa batu telah ditemui di sekitar Sumatera dan Jawa yang memperlihatkan penggunaan Bahasa Melayu kuno pada abad ke-7. Tulisan yang digunakan ialah aksara Pallava iaitu sejenis tulisan yang berasal dari selatan India. Berikut adalah antara batu bersurat yang ditemui.
Pengaruh agama Hindu dan Buddha cukup kuat dalam bahasa dan budaya pada zaman bahasa Melayu kuno. Bahkan banyak candi yang dibina di Alam Melayu yang dipengaruhi oleh budaya Hindu dan Buddha dari India, seperti candi-candi di Lembah Bujang, Muara Takus dan Pagarruyung di Sumatera, dan candi Borobodur dan Prambanan di Pulau Jawa.
Bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang diguna pakai dalam kerajaan Melayu kuno. Kerajaan-kerajaan Melayu kuno yang diketahui adalah (tidak menurut sebarang susunan) ialah
20 ”’Pohon yang Tuan lihat itu, yang bertambah besar dan menjadi kuat, yang tingginya sampai ke langit, yang kelihatan dari seluruh bumi,+ 21 yang daunnya indah, buahnya banyak, menyediakan makanan bagi semua, yang jadi tempat berteduh binatang liar, dan yang di dahannya burung bersarang,+ 22 pohon itu adalah Tuanku. Kekuasaan Tuan bertambah besar dan Tuan menjadi kuat. Kemuliaan Tuan terus bertambah sampai ke langit,+ dan Tuan memerintah sampai ke ujung bumi.
20 “‘Pokok yang tuanku nampak itu bertumbuh dan menjadi kuat sehingga puncaknya mencapai langit, dan setiap orang di bumi dapat melihatnya. + 21 Pokok itu juga ada daun-daun yang cantik dan buah yang lebat sekali. Pada pokok itu, ada makanan yang cukup untuk semua makhluk hidup. Binatang di padang tinggal di bawah naungannya, dan burung di langit membuat sarang di dahan-dahannya. + 22 Ya, pokok itu ialah tuanku. Hal ini demikian kerana tuanku semakin agung dan berkuasa. Kemuliaan tuanku telah bertambah sehingga mencapai langit,+ dan pemerintahan tuanku meluas ke setiap penjuru bumi.